Minggu, 03 Februari 2013

Nabi INDRIS


Kisah Nabi IDRIS A.S
nama nama nabi

        Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad  S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
Nabi Idris adalah keturunan keenam dari Nabi Adam putera dari Yarid bin Mihla'iel bin Qinan bin Anusy bin Syithbin Adam A.S. dan merupakan keturunan pertama yang dikurniai kenabian menjadi Nabi setelah Adam dan Syith. Nabi Idris menurut sementa rariwayat bermukim di Mesir dimana ia berdakwah untuk agama Allah mengajarkan tauhid dan beribadat menyembah Allah serta membeeri beberapa pendoman hidup bagi pengikut-pengikutnya agar menyelamat diri dari siksaan di akhirat dan kehancuran serta kebinasaan di dunia. Ia hidup sampai usia 82 tahun.
Iblis akan dating menggoda dan menghasut anak Adam dalam semua peringkat. Tetapi Iblis amat sukar untuk menggoda para rasul dan para nabi yang bersifat maksum dan sentiasa di dalam pemeliharaan Allah SWT. Iblis berusaha untuk menggoda Nabi Idris a.s. ternyata usaha-usahanya gagal kerana kedatangan Iblis sudah diketahui oleh NabiI dris a.s. terlebih dahulu.
Pada suatu hari Nabi Idris a.s. di datangi seorang lelaki yang membawa sebiji telor. Ketika itu Nabi Idris a.s. sedang menjahit bajunya. Tanpa ucapan salam, lelaki itu terus menegur Nabi Idris, “Wahai Idris, bolehkah Tuhan kamu memasukkan dunia kedalam telor yang sedang aku pegang ini ?” Dengan izin Allah SWT. Nabi Idris tahu dengan siapa dia sedang berhadapan. Lalu berkata Nabi Idris, “Datanglah dekat denganku dan tanyalah apa yang engkau hendaktanya.” Lelaki itupun mendekati Nabi Idris yang masih sedang menjahit. “Bolehkah Tuhanmu memasukkan dunia kedalam telur ini?” Lelaki asing itu mengulangi pertanyaannya.
“Tuhanku boleh memasukkan dunia kemana saja, jangankan kedalam telur yang engkau pegang itu, bahkan Dia boleh masukkan dunia kedalam lubang jarum yang aku pegang ini.” Kata Nabi Idris a.s. Kemudian dengan pantas sekali baginda bingkas mencucuk mata  lelaki itu dengan jarum yang ada ditangannya.Terperanjat lelaki asing itu dan dia tidak sempat berbuat apa-apa. Kalang-kabut dia melarikan diri meninggalkan Nabi Idris a.s. yang telah membutakan matanya. Lelaki yang menganggu Nabi Idris a.s adalah Iblis laknatullah.

Diantara beberapa nasihat dan kata-kata mutiaranya yaitu:
1.    Kesabaran yang disertai iman kepada Allah membawa kemenangan.
2.    Orang yang bahagia ialah orang yang berwaspada dan mengharapkan syafaat dari Tuhannya dengan amal-amal solehnya.
3.  Bila kamu memohon sesuatu kepada Allah dan berdoa maka ikhlaskanlah niatmu demikian pula puasa dan solatmu.
4.  Janganlah bersumpah dalam keadaan kamu berdusta dan janganlah menuntup sumpah dari orang yang berdusta agar kamu tidak menyekutui mereka dalam dosa.
5.  Taatlah kepada raja-rajamu dan tunduklah kepada pembesar-pembesarmu serta penuhilah selalu mulut-mulutmu dengan ucapan syukur dan puji kepada Allah.
6.   Janganlah iri hati kepada orang-orang yang baik nasibnya, karena mereka tidak akan banyak dan lama menikmati kebaikan nasibnya.
7.    Barang siapa melampaui kesederhanaan tidak sesuatupun akan memuaskannya.
8.  Tanpa membagi-bagikan nikmat yang di perolehnya seorang tidak dapat bersyukur kepada Allah atas nikmat-nikmat yang di perolehinya itu.

Dalam hubungan dengan firman Allah bahawa Nabi Idris di angkat kemarta battinggi Ibnu Abi Hatim  dalam tafsirnya meriwayatkan bahawa Nabi Idris wafat tatkala berada di langit keempat dibawa oleh seorang Malaikat Wallahua'alam bissawab.

untuk cerita lebih lengkapnya silahkan baca disini

1 komentar:

  1. postingan yang bagus gan, oh iya visit balik ya gan http://tata-cara-berzakat.blogspot.com/

    BalasHapus